Kedai Kain 1 Malaysia Cheap Discount All Year Shop Now!

Kedai Kain 1 Malaysia – Beli Kain Harga Murah Cantik Kedai Kain 1 Malaysia. Kedai Kain Rakyat diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, yang menawarkan produk tekstil pada harga 30 hingga 70 peratus lebih murah daripada pasaran

Hulu Langat, 14/07/2012 – Saya melihat kain yang dijual di Kedai Kain Rakyat 1Malaysia ketika hadir merasmikan kedai itu di Hulu Langat, hari ini. Kedai yang beroperasi dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 malam ini menawarkan jualan kain fabrik harga rendah dari pasaran dan 30 lagi kedai seumpamanya bakal dibuka seluruh negara. (https://www.flickr.com/photos/najibrazak/7576694254)

Ramai jugak orang pompuan beli belah kat kedai ni. Kenapa aku cakap orang pompuan. Sebab tak pernah lagi aku nampak orang laki shopping beriya-iya dalam kedai kain. Setakat temankan tu adalah. Ada sorang makcik tu beli macam-macam kain, baru RM50 ++. Untung makcik tu borong.

kedai kain 1 malaysia
Kedai Kain 1 Malaysia

Menurut sales girl kat situ, KKR1M kat UTC Pudu Sentral ni merupakan cawangan kedua selepas Hulu Langat. Dikhabarkan juga, KKR1M nak dibuka sebanyak lebih kurang 30 cawangan di seluruh Malaysia dan selepas ini cawangan KKR1M kat Melaka akan beroperasi tapi tak tau bila.

KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Ia bertujuan menjual pelbagai barangan harian pada harga 30 hingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Belanja Di Kedai Kain 1 Malaysia

KUALA NERANG – Perasmian Kedai Kain Rakyat  1Malaysia (KKR1M) Cawangan Kuala Nerang di Taman Akasia, di sini akan merangsang lagi ekonomi penduduk di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga serta Pembangunan Insan, YB. Badrol Hisham Hashim berkata, pembukaan kedai ini akan memberi banyak manfaat kepada penduduk di Padang Terap dan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat meminimumkan kos kehidupan mereka.Menurutnya, pembukaan kedai itu merupakan ke-28 di Malaysia dan ketiga di Kedah selepas Baling serta Jitra yang telah dirasmikan baru-baru ini.

“Perasmian kedai ini menunjukkan kerajaan sekarang bersungguh-sungguh mahu memberi kemudahan kepada rakyat di Daerah Padang Terap kerana barangan yang ada di kedai ini mampu memberi kepuasan.

“Penduduk tidak perlu lagi pergi ke daerah lain membeli pakaian atau pun kain kerana kedai ini mampu memberi kepuasan dan menepati cita rasa. Selain dari harganya yang berpatutan, kualitinya juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia setanding dengan barangan di kedai lain,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, penduduk juga dapat menjimatkan perbelanjaan dan tidak perlu membuang masa lagi untuk keluar ke tempat lain.
“Paling menggembirakan saya ialah perasmian kedai ini dapatlah anak tempatan bekerja serta mempelajari selok-belok perniagaan berkaitan tekstil,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga akan berusaha membawa masuk Kedai 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia untuk meringankan beban kewangan penduduk di situ tidak lama lagi.


Sementara itu, Pengarah Kain Rakyat 1Malaysia, Mohd Nor Mohd Amin berharap dengan pembukaan kedai kain ini akan dapat membantu penduduk di kawasan berkenaan bagi meringankan perbelanjaan mereka.


Katanya, KKR1M ini akan dibuka sebanyak 30 kedai lagi hingga akhir Mac 2014 ini dan jika sambutan menggalakkan akan diperluas lagi hingga ke Sabah dan Sarawak.
“Saya berharap kedai ini akan mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana konsep seperti ini mampu memberi banyak kebaikan kepada masyarakat untuk perbelanjaan yang berhemah,” katanya. (http://umtk1796.blogspot.com/)

Dah keluar dari kedai tu, rasa lapar la pulak.. kami (aku + hubby) pekena dulu Nasi Kandar kat area kedai tu jugak… Alhamdulillah.. dah kenyang… Pastu, hubby tanya.. nak gi mana lagi.. aku cakap balik jer la… Hubby pulak kata, la.. takkan dah nak balik kut.. Jom la jalan2 lagi… Tetiba jer.. dapat idea.. jom kita gi Kedai Kain 1 Malaysia pulak nak? Hubby pun ‘on’ je la…. Meredah la pulak Bukit Ampang menuju ke Hulu Langat.. Kedai ni pun x jauh sangat dr Umah aku… dalam 25 minit jer…..

Sampai sana, terus cari kain untuk aku ngan Mak Mertua.. Al-maklumla, bulan 12 ni abang ipar aku kawen.. nak gak baju baru kan… Kat situ, harga kain memang murah.. tapi, kena pegang jugak kain… ada jugak yang aku rasa macam kain kat Jalan TAR lagi murah.. tapi, kena pandai pilih la… lagi satu, kebanyakan kain kat situ, dahpun dipotong 4 meter… kalau ade yang pakai lebih 4 meter.. memang x banyak pilihan…. Lepas aku dah puas ati, aku rembat jugak la 2 pasang kain.. 1 utk aku.. satu utk MIL… adik beradik lain? beli sendiri la no..

Info Belanja Di Kedai Kain 1 Malaysia

Semalam Cik Taring sempat pergi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia dekat hulu langat, kebetulan Cik Taring lalu dekat depan kedai tu so, Cik Taring pun singgah lah. Wah! ramai betul orang beli kain dekat situ. Semua kain lawa-lawa,  harga tak payah cakap lah murah-murah tau.

Rambang mata Cik Taring tengok kain-kain yang di jual, kalau gaji dah masuk nanti nak serbu kedai Kain Rakyat 1Malaysia. Moh kita pakat mai Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.
Lokasi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang pertama terletak di batu 14, Hulu Langat. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia sudah pun dirasmikan Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Jom kita terjah antara kain yang dijual bersama dengan harga jualannya :- 

  • Kain batik jacquard dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang di pasaran
  • Baju kemeja linen RM45 sehelai berbanding RM79 di pasaran
  • Kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran

Selain keperluan pakaian, kedai ini turut menawarkan barangan lain seperti langsir, kelengkapan sekolah dan kelengkapan bersolat seperti sejadah dan songkok

Untuk rekod terdapat lebih 100 jenis barang ditawarkan di premis ini termasuk kain ela, kain kurung, baju melayu dan kain langsir yang kesemuanya produk tempatan.

Oh ya, kalau tercari – cari kedai kain ni senang je. Naik je eskalotor kat tengah-tengah building ni menghala ke tempat jual tiket (sekarang ni tempat jual tiket dok kat tingkat atas), sebelum sampai floor tempat jual tiket tu, cari kedai kain ni dok belah kanan paling hujung sekali. Maaflah floor berapa tak ingat. Yang pastinya floor kedai ni dok bawah floor jual tiket. Sekian.